POLYCC menyedia tenaga kerja berpengetahuan dan kompeten dalam bidang TVET.
Pelbagai biasiswa dan pinjaman pendidikan TVET disediakan kepada pelajar B40 dan M40.
Melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dalam pengurusan mampan.
Majlis Penasihat Industri POLYCC 2024 - 2026
Tahun
POLYCC
Institusi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu terus memainkan peranan melahirkan tenaga kerja yang cekap, berkemahiran dan menyumbang kepada pembangunan negara serta memenuhi keperluan pasaran pekerjaan era semasa.
Menjadi Peneraju Institusi TVET yang Unggul
( 1 ) Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf
( 2 ) Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat
( 3 ) Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang
( 4 ) Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan
POLITEKNIK
KOLEJ KOMUNITI
PENSYARAH
PELAJAR
Pelbagai program menarik disediakan dengan yuran yang sangat berpatutan, Program yang diiktiraf MQA, lokasi di seluruh negara dan peluang pekerjaan yang cerah serta berpeluang melanjutkan pengajian peringkat yang lebih tinggi.
Semua program Ijazah Sarjana Muda Politeknik ditawarkan dalam mod pengajian Pembelajaran Berasaskan Kerja (Work Based Learning).
Maklumat lanjut berkenaan struktur program, sinopsis program, tempoh pengajian, politeknik yang menawarkan, syarat kelayakan minimum dan prospek kerjaya boleh didapati di pautan di bawah.
Penawaran Program Asasi Teknologi Kejuruteraan merupakan inisiatif strategik untuk memperluas akses pelajar lepasan SPM yang memenuhi syarat kelayakan, bagi mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
POLYCC menawarkan 10 Bidang seperti kejuruteraan, pelancongan, perkhidmatan, perkomputeran dan pelbagai jenis teknologi merangkumi 41 jenis sijil di 106 Kolej Komuniti di seluruh negara.
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Galeria PjH Aras 4-7, Jalan P4W Persiaran Perdana Presint 462100 Putrajaya