SEJARAH PENUBUHAN KELAB

Kelab Kebajikan Kakitangan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin telah ditubuhkan secara rasminya pada 19 Februari 2016 oleh jawatankuasa penaja yang diketuai oleh Tuan Haji Abdul Nasir bin Ibrahim. Kelab ini dikenali sebagai KEKiTA dan beralamat di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis untuk sebarang urusan surat menyurat. KEKiTA terbuka kepada semua kakitangan yang berkhidmat di PTSS. Yuran keahlian bagi menganggotai kelab adalah RM5 (Lima Ringgit) sebagai yuran keahlian dan RM24 (Dua Puluh Empat Ringgit) sebagai yuran tahunan.

 

MATLAMAT KELAB

  • Menjadi satu badan yang mewakili kakitangan di PTSS
  • Menjaga kebajikan kakitangan PTSS
  • Menggerakkan aktiviti riadah dalam kalangan kakitangan PTSS
  • Mengeratkan ukhwah di antara kakitangan PTSS
  • Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal yang ada kaitan dengan kepentingan ahli

 

JAWATANKUASA KELAB

Bil. Jawatan Nama
1 Pengerusi Mohd Fadhil bin Aziz
2 Naib Pengerusi Shaffie bin Husin
3 Setiausaha Norhamiza binti Mohamad Hanopiah
4 Penolong Setiausaha Nurayuni binti Noordihan
5 Bendahari Azlina binti Uyub
6 Penolong Bendahari Imran bin Musa
7 Wakil Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) Zulkifli bin Sulaiman
8 Wakil Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) Shahrul Radzi bin Mad Zaki @ Abdullah
9 Wakil Jabatan Perdagangan (JP) Nadiah binti Idris
10 Wakil Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) Mohd Hakimi bin Raseli
11 Wakil Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) Suhaibah Akmar binti Ahmat Sukeri
12 Wakil Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) Irna Jannah binti Mohamad
13 Wakil Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) Syed Muhamad Zakry bin Syed Nordin
14 Wakil Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) Siti Mariam binti Kasim
15 Wakil Jabatan Pengajian Am (JPA) Sharihan bin Shahidan
16 Wakil JSKKW / Unit Kediaman Pelajar / Pemandu Asmeer Fadlee bin Nor Azahar
17 Wakil ITDC / UPS / UIDM / ULPL / UKS Mohamad Khalis bin Mohamad Khairi
18 Wakil Unit Pentadbiran / Unit Kewangan / UKK Syakiroh binti Mohd Rosli
19 Wakil Unit Aset dan Stor Hasharudin bin Kassim
20 Biro Keusahawanan Siti Nordilla binti Ahmad

 

CARTA ORGANISASI KELAB

Carta Organisasi KEKiTA PTSS

 

YURAN KELAB

  • Yuran keahlian = RM5.00 (dibayar sekali sahaja)
  • Yuran tahunan = RM60.00 (RM5.00 sebulan x 12 bulan)

 

SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN KELAB

Kelab juga amat prihatin kepada kebajikan ahli-ahli kelab dengan membuat sumbangan berbentuk hadiah atau wang sempena peristiwa berikut:

  1. Hari lahir
  2. Perkahwinan ahli
  3. Kelahiran anak
  4. Musibah
  5. Rawatan
  6. Pertukaran
  7. Persaraan
  8. Kematian pasangan / ibu / bapa / anak
  9. Kematian ahli