VISI
Jabatan Perdagangan PTSS berazam untuk menjadikan jabatan ini sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang perdagangan dan kesetiausahaan serta berazam melahirkan graduan yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.
MISI
- Memastikan setiap pensyarah menguasai bidang masing-masing secara menyeluruh.
- Memastikan semua pensyarah dapat mempertingkatkan lagi akauntabiliti, kredibiliti, integriti dan keprihatinan.
- Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiah.
- Melahirkan pelajar berketerampilan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab berpandukan kepada nilai-nilai murni.
- Peratus kelulusan pelajar JP dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa dari segi akademik dan juga pemantapan kendiri.
CARTA ORGANISASI
MAKLUMAT KAKITANGAN
| Bil. | Nama | Jawatan | Samb. No. Telefon ( 04 988 6200 ) |
E-mel ( @ptss.edu.my ) |
| 1 | Abdul Hasnal bin Abdullah | Ketua Jabatan | 6255 | abdulhasnal |
| 2 | Imran bin Musa | Ketua Program (DAC) | 1242 | imran.musa |
| 3 | Sajamoon A/P Boon Chooi | Ketua Program (DPM) | 1248 | sajamoon |
| 4 | Nor Ashikin binti Mohamad Isa | Ketua Program (DSK) | 1238 | ashikinisa |
| 5 | Asmiza binti Osman | Pensyarah Utama | 6252 | asmiza |
| 6 | Dr. Azizee bin Aziz | Pensyarah Utama | 6252 | azizee |
| 7 | Azlini binti Awang | Pensyarah Utama | 6215 | azlini |
| 8 | Azrul Nizam bin Abdul Aziz | Pensyarah Utama | 1244 | azrul |
| 9 | Balkhais binti Jamaluddin | Pensyarah Utama | 6252 | balkhais |
| 10 | Farizah binti Ariffin | Pensyarah Utama | 1250 | farizahariffin |
| 11 | Jamilah binti Hussain | Pensyarah Utama | 6252 | jamilah |
| 12 | Laila binti Musa | Pensyarah Utama | 1056 | laila |
| 13 | Mastura binti Mohamad Noor | Pensyarah Utama | 6242 | mastura.mnoor |
| 14 | Md Ashraf bin Mohamed | Pensyarah Utama | 6252 | mdashraf |
| 15 | Dr. Nor Aziza binti Abdul Aziz | Pensyarah Utama | 6242 | noraziza |
| 16 | Norhazlin binti Mohamed Ali | Pensyarah Utama | 6242 | norhazlin |
| 17 | Dr. Norzianis binti Rezali @ Abdul Sukor | Pensyarah Utama | 6242 | norzianis_rezali |
| 18 | Dr. Rashdan bin Rashid | Pensyarah Utama | 6252 | rashdanrashid |
| 19 | Rosasmanizan binti Ahmad | Pensyarah Utama | 6252 | rosasmanizan |
| 20 | Shukeri bin Mohamad Ros | Pensyarah Utama | 6252 | shukeri |
| 21 | Suriani binti Md Saleh | Pensyarah Utama | 6242 | suriani.msaleh |
| 22 | Surizan bin Romli | Pensyarah Utama | 6252 | surizanromli |
| 23 | Ayu Iryanti binti Azni | Pensyarah Kanan | 6252 | ayuiryanti |
| 24 | Azlina binti Uyub | Pensyarah Kanan | 6252 | azlinauyub |
| 25 | Majdi @ Abdul Hadi bin Ishak | Pensyarah Kanan | 6253 | majdiishak |
| 26 | Mohd Nizam bin Mat Isa | Pensyarah Kanan | 6252 | nizam |
| 27 | Nazura binti Puteh @ Arif | Pensyarah Kanan | 6252 | nazura |
| 28 | Nirwani binti Nayan | Pensyarah Kanan | 6251 | nirwani |
| 29 | Nor Aziah binti Azizan | Pensyarah Kanan | 6251 | noraziah |
| 30 | Norhasyila binti Minhat | Pensyarah Kanan | 6251 | norhasyila |
| 31 | Nurhanita binti Mohd Husain | Pensyarah Kanan | 6251 | nurhanita |
| 32 | Nurul Izzati binti Mohd Noh | Pensyarah Kanan | 1245 | izzati |
| 33 | Razlina binti Romli | Pensyarah Kanan | 1251 | razlina |
| 34 | Ros Aini binti Ibrahim | Pensyarah Kanan | 6251 | rosaini |
| 35 | Syakirah binti Ibrahim | Pensyarah Kanan | 6252 | syakirah |
| 36 | Tengku Aroal Hawa Delaila binti Tengku Ahmad | Pensyarah Kanan | 1245 | aroal |
| 37 | Zati Hafiza binti Abdul Halim | Pensyarah Kanan | 6252 | zatihafiza |
| 38 | Mohd Hasrul bin Hakimi | Pensyarah | 6253 | mohdhasrul |
| 39 | Nadiah binti Idris | Pensyarah | 6251 | nadiah |
| 40 | Nor Harlinda binti Harun | Pensyarah | 1251 | harlinda |
| 41 | Nurul Huda binti Mohamad Razali | Pensyarah | 6251 | hudarazali |
| 42 | Sakinah binti Taib | Pensyarah | 6251 | sakinah |
| 43 | Salasiah binti Noordin | Pensyarah | 1230 | salasiah |
| 44 | Tuan Zamilah binti Tuan Husain | Pensyarah | 6252 | tuanzamilah |
| 45 | Asri bin Omar | Pembantu Khidmat Am | 6200 | asriomar |
SINOPSIS PROGRAM
Diploma Perakaunan digubal khusus untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran serta pengalaman melalui pendidikan bersepadu dalam bidang-bidang seperti perakaunan, kewangan, pengauditan, percukaian, perakaunan kos dan juga pengetahuan dalam bidang pengurusan, teknologi maklumat, keusahawanan dan pembangunan kendiri. Pelajar bukan sahaja diajar secara teori asas kewangan dan perakaunan, malah mereka juga diberi pendedahan kepada pengalaman sebenar melalui program latihan industri. Matlamat program ini bukan sahaja melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran mengurus dan merekod kewangan tetapi juga graduan yang berfikiran usahawan. Setiap kursus yang dibina di dalam program ini adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan-badan profesional perakaunan di Malaysia seperti Institut Akauntan Malaysia (MIA), IAS, MFRS, MQA dan IFAC. Program ini diterajui oleh pensyarah yang bukan sahaja berpengalaman dalam bidang pendidikan tetapi juga dalam bidang kewangan dan pengurusan. Selain bekerja dalam bidang perakaunan, graduan program ini berpeluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan badan professional seperti ACCA.
PROSPEK KERJAYA
Kemahiran dan kebolehan yang diperolehi oleh graduan Diploma Perakaunan akan membolehkan mereka bekerja sebagai:
- Pembantu Akauntan
- Penolong Pengawal Kewangan
- Penolong Juruaudit
- Juruteknik Cukai
- Usahawan
SYARAT KEMASUKAN
- Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM tahun 2013 ke atas)
- Lulus> Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- DUA (2) dalam mana-mana mata pelajaran
- Lulusan selain SPM
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
- Sijil yang diiktiraf:
- Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
- Sijil Pemasaran
- Sijil Pemprosesan Data
- Sijil Pengajian Perniagaan
- Sijil Penyimpanan Kira
- Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
- Sijil Pengkeranian Akaun
- Sijil Perakaunan
- Sijil Perakaunan Perniagaan
- Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM
- International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3, KKM
- ACCOUNT SUPERVISOR (AA-010-3)
- Pegawai Pentadbiran Kredit (FB-040-3)
- Pegawai Perhubungan Akaun (FB-020-3)
- Pembantu Audit (FB-010-3)
- Pembantu Audit Dalaman (FB-050-3)
- Pembantu Percukaian (FB-080-3)
- Penganalisa Kredit (FB-030-3)
- Perakaunan (FB-100-3:2012)
- Perakaunan Pengeluaran Filem (AC-066-3:2013)
- Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai di atas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar.
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (DPM)
SINOPSIS PROGRAM
Diploma Pengajian Perniagaan bertujuan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar merentas pelbagai bidang perniagaan serta menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran kerjaya dalam perniagaan kontemporari. Bidang pengajian yang dipelajari adalah dinamik dan pelajar akan memperolehi pengetahuan serta kemahiran dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan pelaburan, pengurusan operasi serta keusahawanan. Rangka kerja kursus yang fleksibel membolehkan pelajar memilih laluan yang sesuai dengan minat mereka, sama ada untuk memasuki pasaran kerja atau meneruskan pengajian mereka dalam pelbagai program perniagaan yang selaras dengan perkembangan perniagaan semasa.
PROSPEK KERJAYA
Program ini direkabentuk bagi melengkapkan pelajar dengan pengetahuan yang dan kemahiran yang komprehensif dalam bidang yang berkaitan perniagaan dan keusahawanan. Graduan bidang ini mempunyai peluang kerjaya seperti di bawah:
- Penolong Pembantu Tadbir
- Penolong Pengurus
- Eksekutif Pemasaran dan Jualan
- Eksekutif Sumber Manusia
- Usahawan
- Usahawan e-dagang
- Pegawai Pembangunan Perniagaan
- Penyelidik Perniagaan
- Pegawai Operasi
- Pegawai atau Agen Insuran
SYARAT KEMASUKAN
- Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Lulus Matematik
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
- Lulusan Pra Diploma Politeknik
- Lulus Pra Diploma Perdagangan
- Lulusan selain SPM
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan
ATAU - Lulus pengajian peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan mendapat:
- Kepujian Bahasa Melayu SVM 1104; dan
- PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00; dan
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 2.67; dan
- Kompeten semua modul vokasional; dan
- Lulus mata Pelajaran Sejarah 1251
- Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.
- Sijil yang diiktiraf:
- Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
- Sijil Pemasaran
- Sijil Pemprosesan Data
- Sijil Pengajian Perniagaan
- Sijil Penyimpanan Kira
- Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
- Sijil Dandanan Rambut
- Sijil Pengkeranian Akaun
- Sijil Pengoperasian Perniagaan
- Sijil Perakaunan
- Sijil Perakaunan Perniagaan
- Sijil Perkhidmatan Logistik
- Sijil Terapi Kecantikan dan Spa
- Lulusan Kolej Vokasional Tahap 3, KKM
- Agroindustri
- Agroindustri Tanaman
- Agroindustri Ternakan
- Agroindustri Ternakan Poultri
- Agroindustri Ternakan Ruminan
- Akuakultur
- Bakeri & Pastri
- Bioteknologi
- Industri Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
- Insuran
- Kesetiausahaan
- Kesetiausahaan Pentadbiran
- Kosmetologi
- Landskap
- Multimedia Kreatif Animasi
- Operasi Pembuatan Perabot
- Operasi Pemesinan Pemasangan
- Pelancongan
- Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik – Satu Fasa
- Pemasaran
- Pembinaan Bangunan Residensi
- Pemprosesan Makanan
- Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Pengajian Awal Kanak-kanak
- Pengurusan Pelancongan
- Pengurusan Perniagaan
- Pengurusan Peruncitan
- Penyejukan & Penyamanan Udara
- Perakaunan
- Peralatan Elektronik
- Poultri Akuakultur
- Rekabentuk Grafik dan Media Cetak
- Rekabentuk Grafik Industri dan Media Cetak
- Seni Bina
- Seni Bina Landskap
- Seni Kraf Barang Kemas
- Seni Kulinari
- Seni Reka Batik
- Seni Reka Fesyen
- Sistem Komputer dan Rangkaian
- Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi
- Tanaman Agroindustri
- Tanaman Agroindustri (Hortikultur)
- Teknologi Automotif
- Teknologi Elektrik
- Teknologi Elektronik
- Teknologi Kimpalan
- Teknologi Maklumat
- Teknologi Marin
- Teknologi Mekanisasi
- Teknologi Mekanisasi Agro
- Teknologi Pembinaan
- Teknologi Pembuatan Bot
- Teknologi Pemesinan
- Teknologi Pemesinan Industri
- Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan
- Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
- Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
- Teknologi Sistem Pangkalan Data dan Aplikasi Web
- Ternakan Poultri
- Ternakan Ruminan
- Troubleshooting Peralatan Elektronik
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3, KKM
- HUMAN RESOURCE SUPERVISOR (FB-070-3)
- Operasi Jualan dan Pemasaran (FB-018-3:2012)
- Operasi Jualan (DT-020-3:2011)
- Operasi Perdagangan Runcit (DT-014-3:2014)
- Pemprosesan Data Sumber Manusia (FB-077-3:2013)
- Pentadbiran Industri (FB-023-3:2012)
- Penyelia Desa (FB-017-3)
- Perkhidmatan Sokongan Pembangunan Sumber Manusia (FB-075-3:2012)
- Perkhidmatan Sokongan Perundingan Sumber Manusia (FB-076-3:2013)
- Perkhidmatan Sokongan Sumber Manusia (FB-070-3:2013)
- Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai di atas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar.
- Lulusan APEL
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN (DSK)
SINOPSIS PROGRAM
Diploma Sains Kesetiausahaan membangunkan keupayaan pelajar untuk menghasil dan menguruskan dokumen pejabat dengan sewajarnya, mencipta pembentangan atau cadangan, mengurus teknologi maklumat, menganjurkan acara dan pada masa yang sama menggambarkan personaliti yang menyenangkan. Program ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan professional setiausaha dan membantu pelajar menjadi pekerja separuh profesional di sektor swasta dan awam. Oleh itu, program ini telah direka dengan kemahiran yang tidak ternilai untuk mempersiapkan para pelajar menghadapi persekitaran kerja yang mencabar. Ia merangkumi pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran seperti Kemahiran Menaip Pantas, Pemprosesan Dokumen, Shorthand, Trengkas, Pentadbiran Pejabat, Perisian Aplikasi Pejabat, Pembangunan Keperibadian, Pengurusan Acara dan Perakaunan Perniagaan. Program Sains Kesetiausahaan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kebolehan yang diperlukan untuk membantu dalam pelbagai kerja pentadbiran dalam mana-mana organisasi atau industri.
PROSPEK KERJAYA
- Setiausaha
- Pembantu Peribadi
- Eksekutif Pentadbiran
- Koordinator Acara
- Eksekutif Sumber Manusia
- Eksekutif Perhubungan Awam
- Usahawan
SYARAT KEMASUKAN
- Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
- Lulus Sejarah (SPM 2013 ke atas)
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran
- Lulusan Pra Diploma Politeknik
- Lulus Pra Diploma Perdagangan
- Lulusan selain SPM
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan
ATAU - Lulus pengajian peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan dengan mendapat:
- Kepujian Bahasa Melayu SVM 1104; dan
- PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00; dan
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 2.67; dan
- Kompeten semua modul vokasional; dan
- Lulus mata Pelajaran Sejarah 1251
- Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.
- Sijil yang diiktiraf:
- Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
- Sijil Pemasaran
- Sijil Pemprosesan Data
- Sijil Pengajian Perniagaan
- Sijil Penyimpanan Kira
- Lulusan Kolej Vokasional Tahap 3, KKM
- Kesetiausahaan Pentadbiran
- Pemasaran
- Pengurusan Perniagaan
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3, KKM
- CHIEF LEGAL CLERK (M-053-3)
- EXECUTIVE CORPORATE SECRETARY (M-052-3)
- PENTADBIRAN PEJABAT (N821-001-3:2020)
- Penyeliaan Pengurusan Pejabat (FB-024-3:2012)
- Setiausaha Korporat Eksekutif (FB-025-3:2012)
- Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai di atas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar.
- Lulusan APEL
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan


