PENGENALAN

Jabatan ini bertanggungjawab menjalankan segala urusan yang berkaitan dengan pelajar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

  1. Bahagian Pengambilan Pelajar dan Data
    • Pendaftaran Pelajar Baru dan Lapor Diri Pelajar Senior
    • Permohonan Kad Pelajar
    • Pertukaran Kursus dan Politeknik
    • Penangguhan Semester
    • Pengesahan Surat Pengajian Pelajar
    • Pengesahan Pemberhentian Pengajian Pelajar
    • Merekod dan Menyimpan Data Pelajar
  2. Bahagian Kebajikan dan Disiplin
    • Menguruskan Bantuan Kewangan
      Kebanyakan pelajar kursus diploma mendapat tajaan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta sebilangan kecil pelajar mendapat tajaan dari lain-lain sumber tajaan seperti JPA, KUOK Foundation, Yayasan Sime Darby, Yayasan Negeri, MARA dan juga lain-lain penaja.
    • Menguruskan Kebajikan Pelajar
      Melaksanakan program pembangunan sahsiah pelajar melalui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), memantau perjalanan Pilihanraya Kampus, memastikan perjalanan Minggu Suaikenal berjalan dengan lancar, mengeluarkan surat akuan untuk rawatan pelajar jika diperlukan dan memastikan pelajar mendapat rawatan yang sempurna di mana-mana hospital atau klinik, melaporkan kematian dan kemalangan pelajar kepada pihak-pihak tertentu, membantu dalam menyediakan maklumat mengenai penginapan luar kampus kepada pelajar, serta menyelaras dan membantu hal-hal berkaitan biasiswa dan pinjaman pelajar.
    • Pengurusan Disiplin Pelajar
      Tertakluk kepada Undang-undang Malaysia Akta 174, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Kesalahan Jenayah).
      Mana-mana pelajar yang dituduh oleh mana-mana mahkamah di Malaysia atas apa-apa kesalahan jenayah, maka dengan sendirinya mulai tarikh ianya dipertuduhkan, pelajar berkenaan adalah digantung pengajiannya sehinggalah ke tarikh perbicaraannya. Pihak politeknik akan mengeluarkan “Surat Penggantungan Pengajian”.

 

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi JHEP PTSS

 

MAKLUMAT KAKITANGAN

Bil. Nama Jawatan Samb. No. Telefon
( 04 988 6200 )
E-mel
( @ptss.edu.my )
1 Nasrul Effendy bin Mat Nasir Ketua Jabatan 6202 nasrul.effendy
2 Syazwani binti Sobri Pegawai Pengambilan dan Data I 6204 syazwani
3 Nur Zatihanani binti Zuraini Pegawai Pengambilan dan Data II 6204 zatihanani
4 Norfadliyah binti Abdul Hamid Pegawai Kebajikan dan Disiplin 6203 norfadliyah
5 (Kosong) Pegawai Kebajikan 6209 –
6 Rosnaniwati binti Che Abdullah Pembantu Tadbir (P/O) 6206 rosnaniwati
7 Nur Ruzaini binti Ahmad Kamal Pembantu Tadbir (P/O) 6207 nurruzaini
8 Hisham bin Darus Pembantu Khidmat Am 1049 hisham.darus