PENGENALAN
Jabatan Sukan, Kokurikulum, Kebudayaan dan Warisan (JSKKW) merupakan unit yang telah diwujudkan semenjak Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin ditubuhkan pada tahun 2004.
FUNGSI UTAMA
- Merangsang, mengelola dan memantau semua aktiviti sukan dan kokurikulum di PTSS.
- Menyediakan pasukan-pasukan sukan dan kumpulan kokurikulum PTSS bagi semua aktiviti atau pertandingan luar di semua peringkat (pemilihan, latihan, tadbir urus).
- Perolehan, pentadbiran dan penambahbaikan kemudahan serta peralatan sukan dan kokurikulum.
- Pengurusan kokurikulum dan pengurusan peralatan sukan.
- Merancang program peningkatan kemahiran staf dalam bidang sukan dan kokurikulum.
OBJEKTIF DAN FUNGSI
- Merancang, menyelaras, melaksanakan dan memantau pengisian dan penilaian kurikulum kokurikulum (DRS, DRK dan DRB).
- Memberikan pendedahan, kemudahan dan peluang kepada semua warga PTSS untuk melibatkan diri dan mengembangkan minat, bakat, kemahiran dan keupayaan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan kokurikulum.
- Mengenal pasti sumber sedia ada dan sumber baru yang boleh dibangunkan oleh JSKK bagi tujuan sukan dan kokurikulum seperti sumber manusia, kewangan, insfrastruktur dan semula jadi.
- Tadbir urus inventori peralatan dan kemudahan sukan dan kokurikulum.
CARTA ORGANISASI
MAKLUMAT KAKITANGAN
| Bil. | Nama | Jawatan | Samb. No. Telefon ( 04 988 6200 ) |
E-mel ( @ptss.edu.my ) |
| 1 | Johanis bin Mohd Jamil | Ketua Jabatan | 6356 | johanis |
| 2 | (Kosong) | Pegawai Belia dan Sukan | 6340 | – |
| 3 | Asmeer Fadlee bin Nor Azahar | Pembantu Khidmat Am | 6344 | asmeer.fadlee |


