PENGENALAN
Unit Peperiksaan (UPEP) Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) bertanggungjawab menguruskan dan menyelaras aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan peperiksaan, penilaian dan data persijilan. Unit ini diketuai oleh Ketua Unit Peperiksaan dan dibantu oleh dua Pegawai Peperiksaan dan Ketua Penyelaras Peperiksaan Jabatan Akademik (KPPJ).
Antara aktiviti utama yang dilaksanakan oleh Unit Peperiksaan adalah seperti berikut:
- Menyelaraskan aktiviti penyediaan soalan peperiksaan pada setiap semester
- Menyelaraskan aktiviti berkaitan perlaksanaan peperiksaan akhir (merujuk kepada takwim aktiviti peperiksaan yang dikeluarkan oleh JPPKK)
- Menyediakan tempat dan keperluan peralatan bagi tujuan peperiksaan
- Pengurusan bank soalan
- Memproses dan mengumumkan keputusan penilaian
- Penyediaan laporan keputusan peperiksaan akhir semester untuk pembentangan dan pengesahan oleh Jawatankuasa Peperiksaan PTSS
- Penyediaan laporan keputusan peperiksaan akhir semester untuk pembentangan dan pengesahan oleh Lembaga Peperiksaan
- Penyediaan data dan rekod persijilan
- Penyediaan transkrip pelajar
- Penyediaan Sijil/Diploma
- Membuat pengesahan graduan/lulusan bagi majlis konvokesyen
OBJEKTIF UNIT PEPERIKSAAN
- Menyiapkan kertas peperiksaan satu (1) minggu sebelum peperiksaan akhir bermula.
- Memproses keputusan penilaian dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester pengajian berakhir.
- Menyiapkan Sijil/Diploma bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas tarikh Mesyuarat Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi.
PIAGAM PELANGGAN UNIT PEPERIKSAAN
- Mengendalikan sebarang urusan yang berkaitan dengan peperiksaan dalam tempoh dua (2) minggu selepas menerima permohonan.
- Memproses keputusan peperiksaan mengikut takwim aktiviti yang disediakan oleh JPPKK.
- Menyediakan Sijil/Diploma kepada lulusan berdasarkan ketetapan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan.
CARTA ORGANISASI
MAKLUMAT KAKITANGAN
| Bil. | Nama | Jawatan | Samb. No. Telefon ( 04 988 6200 ) |
E-mel ( @ptss.edu.my ) |
| 1 | Nurzahira binti Ahmad Zabidi | Ketua Unit | 6388 | nurzahira |
| 2 | Nor Azlina binti Md Nor | Pegawai Peperiksaan (Rekod dan Persijilan) |
1030 | azlina |
| 3 | Norhaida binti Hussain | Pegawai Peperiksaan (Pengurusan dan Penilaian) |
1037 | norhaida |
| 4 | Noor Salina binti Ismail | Pembantu Tadbir (P/O) | 1033 | noorsalina |


